Friday 21 August 2015

Anak2 kecik Mummy yang COMEL

Kesian anak-anak kecik mummy...jarang di bawa ke taman. Aryan dah biasa dan pandai ke tanam sendiri, but dah setiap hari ke taman area rumah, bosan juga..so mummy bawa anak-anak kecil mummy ni ke taman yg jarang-jarang pergi..
Mummy mulanya xtau nk bawa kemana, nk ke Taman Layang2, jauh sgt la sayang, lagipun petang ni..kereta banyak time office hour..waktu balik dr office..mummy xsuka jem..mummy xsuka crowded..so..dah dlm kereta..ot the way..but still mencari lokasi yang sesuai...
Mummy dh masuk MRR2, so apa kata kita ke Setiawangsa, area situ xramai org dan agak private..mummy xrisau sgt nk lepas anak2 mummy main..
tgk anak mummy yg sgt comel ni, bukan main seronok lagi..dapat berlari dgn penuh confident..
semua dah seronok main..mummy pun happy tgk anak2 mummy happy... daddy..is still wroking..masih outsation ke Melaka..can't wait for daddy..
love,

Permata Hati Mummy

Anak mummy..
Sabar sayang..belajar tuk kehidupan.. yea, mummy tahu..bukan senang bila duduk bukan dengan mummy..semua nya akan cepat terasa..rasa diri tak dihargai..walaupun dengan darah daging sendiri..hanya seorang ibu yang tahu harga dan nilai kasih sayang.
Mummy tak kejam sayang..bukan juga daddy yang mendesak mummy, semuanya mummy lakukan hanya satu sebab..
Mummy nak Irfan belajar, belajar berdikari..belajar menghargai, belajar nilai kasih sayang, belajar bertanggungjawab.. Mummy nak Irfan tahu betapa Mummy sayangkan Irfan. Hari-hari Mummy fikirkan pasal Irfan, tak lekang pasal irfan di kepala Mummy.. xpela sayang, buat lah yang termampu, mummy doakan irfan mampu berubah, jadi lebih baik..jadi anak yg soleh..yang penting tahu tanggunjawab pd allah, mummy, adik2 serta diri Irfan sendiri. Mummy xboleh cakap banyak, air mata mula la...

Monday 17 August 2015

CEMBURU itu urusan hati, yang mana berada pada jari-jari Allah yang MAHA RAHMAN..

Seringkali rasa cemburu bertandang dalam hati...dan setiap kali itulah hati berdebar-debar..tertanya-tanya apakah rasa ini datangnya dari hati atau dari suara-suara halus..Subhanallah..kadang rasa ini sangat menghantui..kadang tak mampu untuk ditepis. Para isteri Rasulullah juga mengalami rasa yang sama, inikan pula aku yang hanya manusia biasa..Tentu saja cemburu para isteri Rasulullah adalah cemburu yang tidak membutakan hati mereka..namun bagaimana dengan aku?
yaa Allah..ampuni aku..buang saja rasa ini dalam hati aku..
Abang..sayang terbaca satu blog menceritakan bagaimana Aisyah mengawal rasa cemburunya.. Teringat cerita abang pada sayang tentang isteri rasulullah..antara yang paling sayang ingat adalah kisah tentang kahdijah dan Aisyah.. Aisyah sangat cemburu dengan Khadijah..
Abang..baca kisah ni..
Kerana sifat Aisyah yang terbuka dan cenderung keanak-anakkan dan kurang boleh menguasai perasaannya, itulah yang membuat Rasulullah suka bercanda dengan isterinya yang mungil itu. Emosi Aisyah akan nampak apabila beliau sedang cemburu. Kecemburuan seorang wanita terhadap suaminya adalah menunjukkan kadar cintanya terhadap suaminya sangatlah tinggi.
Beberapa saat menjelang wafat Rasulullah, baginda berziarah ke perkuburan Al-Baqi' untuk memanjatkan ampunan bagi semua penghuni kubur itu. Esoknya, Aisyah mengeluh kepada baginda kerana kepalanya terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakan sakit kepala. Maka baginda berkata kepada Aisyah: "Wah...kepalaku juga pening Aisyah." Namun berulang-ulang Aisyah masih mengeluhkan pening kepala, sehingga dengan bercanda Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Apa salahnya wahai Aisyah apabila engkau mati sebelum aku?" Aku sendiri yang akan menguruskan jenazahmu, mengkafankanmu, mensolatimu dan mengkuburkanmu." Mendengar perkataan demikian daripada Rasulullah, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda: "Biarlah itu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, seandainya itu terjadi dan anda melakukan semua yang disebutkan, anda akan kupertemukan dengan beberapa isteri anda di rumahku." Mendengar perkataan isterinya, Rasulullah hanya tersenyum lembut.
Baginda sangat memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar gurauan baginda. Beberapa saat kemudian rasa pening Rasulullah hilang, sehingga baginda dapat berkeliling menggilir isteri-isterinya. Namun kemudian sakit baginda datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah, salah seorang isteri baginda. Dan itulah rupanya sakit terakhir baginda dan gurauan baginda yang terakhir dengan Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah r.a. Begitulah sikap Rasulullah terhadap sesiapa sahaja di sekeliling baginda. Apa yang berlaku pada baginda, masih tetap menerimanya dengan melontarkan senyuman lembut tanpa ada perasaan terguris hati atau marah.
hmm..itukan Aisyah..isteri nabi..inikan pula sayang, abang..selalu rasa ini bertandang dalam hati..maafkan sayang..tapi rasa ini belum pernah lagi membutakan hati..insyaAllah..

jangan pernah takut kehilangan aku, kerna kita adalah satu

ku simpan segala rasa ini hingga keabadian.. ku tahu aku tidak lagi akan menemukan cinta yang sebaik cinta kamu.. biar saja cinta ini tetap disini hingga kapan tidak ketahui..
ku temukan satu rasa yang cukup bermakna dalam hidupku, iaitu bahagia. kamulah yang selalu membuatku rasa sangat bererti lebih dari segalanya.

Tuesday 4 August 2015

BAGAIKAN LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA..

"Berarak mendung kelabu Mengekori langkahku Sepanjang kehidupan Penuh dugaan Namun aku tetap aku Kucuba dan terus mencuba Mencapai suria Walau membakar jiwa Walau aku dihina Namun aku tetap aku Derita oh derita Engkau di mana-mana Walaupun jauh aku berlari Mahupun berdiam diri Namun indah mimpi dari realiti Hidupku tanpa arah Bagaikan layang-layang Terputus talinya Tapi pasti suatu hari nanti Sinar suriakan menjelma"
Mendongak ke langit,ku lihat awan mendung dan di situ juga terlihat cahaya dari mentari yang masih menyinar. Harapan ku setinggi layang-layang yang ingin terbang jauh. Bisakah layangku terbang jauh ke Perth? Layang ku kecil yang ringan hanya bisa di terbangkan dek angin sepoi-sepoi.

Monday 3 August 2015

Ku Takkan Bersuara-Nike Ardilla

A MAN who is called a DADDY..

Semua orang bisa jadi ayah..namun untuk memikul tangjawab sebagai penjaga amanah Allah, tak semudah apa yg di katakan..
Hanya yang benar-benar layak yang mampu menyempurnakannya. Terima kasih yang tak terucap buat kamu yang sanggup menyambut tangan ku lantas kita berjalan bersama dalam sebuah ikatan yg kita panggil keluarga. Adanya kamu sangat bermakna, menyerikan hari-hari kami..Adanya kamu membuat hidup kami penuh bermakna.. Adanya kamu, kebajikan kami terjaga..
#kamisayangkamu